Wednesday, 7 September 2016

2 Tahun Hampir T A M A T

Assalamualaikum gais and gurls..

Rasanya kompem habuk dah tebal berinchi2 menutupi ruang blog aku ni. Mana tak nya asyik sibuk memanjang dengan kerja dan kehidupan seharian. By the way, mungkin keaktifan berblog akan dimulakan semula selepas ini.

Jarak masa di antara 1 November 2014 hingga 30 November 2016 bukanlah satu tempoh yang panjang. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi dari hari ini ia pasti menjelma dan berlalu pergi begitu sahaja dalam kehidupan seharian kita.

Begitu juga dengan diri aku, 30 November 2016 merupakan hari terakhir aku berkhidmat dan memberikan sumbangan bakti sebagai Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Johor yang dipilih melalui undian atas talian di kalangan belia di negeri Johor. Banyak pengalaman yang diperolehi sepanjang tempoh tersebut. Bayangkan, orang panggil Yang Berhormat (YB), duduk di kerusi Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat dan anjurkan aktiviti kemasyarakatan dalam tempoh tersebut.

Susah nak lupakan pengalaman2 macam ni. Kenangan manis dan indah ini pasti akan terpahat dalam lubuk memori dan diari pemikiran aku sampai bila. Disini lah aku belajar cara-cara untuk menjadi pemimpin yang baik dan dihormati masyarakat. Bukan tu je, kat sini jugak korang boleh belajar mantapkan 'Public Speaking' korang, korang belajar cari apa yang belia masa kini mahukan dalam menghadapi kehidupan yang serba mencabar ni. Aku nak ucap terima kasih banyak2 lah kat Kementerian Belia dan Sukan atas inisiatif ini. Tanpa platform seperti ini, tak mungkin kami semua yang terpilih dapat garab dan merebut pengalaman yang ada ni. 

Okay lah, dah maghrib. Nak mandi and solat maghrib. Tak pasal2 nanti kena ceramah agama dengan my mum. See ya. Wassalam.

Sunday, 21 September 2014

Calon Ahli Parlimen Belia Malaysia Bagi Negeri Johor Darul Ta'zim

Assalamualaikum wbt dan Salam Muafakat Johor.

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa syukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya saya dipinjamkan usia dan nyawa di pagi hari ini dan seterusnya membolehkan saya untuk terus membuat sedikit coretan pada pagi ini. Tidak lupa juga Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Baginda Nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda.

Okay, Alhamdulillah saya telah tercalon sebagai Calon Ahli Parlimen Belia Malaysia bagi Negeri Johor Darul Ta'zim. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan dan sahabat yang mencadang serta menyatakan sokongan yang sangat baik kepada diri saya. Pada mulanya saya amat berat untuk menerima pencalonan ini tetapi setelah bertemu dengan beberapa rakan karib, bertemu dengan 'otai-otai' yang telah banyak pengalaman dalam pertubuhan NGO, saya dengan rendah diri menerima pencalonan tersebut bernawaitukan Kerana Allah SWT. Isu menang atau kalah adalah perkara kedua. Yang tersirat sebenarnya kita dapat bersatu dan merapatkan ukhuwah di kalangan belia bangsa Malaysia.

Dalam usia yang masih muda, saya yakin banyak kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri ini. Tetapi, dalam pada masa yang sama semua kekurangan itu akan cuba di atasi dan saya akan lakukan yang terbaik sekiranya tercalon sebagai Ahli Parlimen Belia kelak. Sesungguhnya manusia seperti kita tidak sempurna keseluruhannya dan hanya Allah SWT sahaja yang bersifat Maha Sempurna.

Saya tidak mahu menjanjikan bulan dan bintang kepada sahabat-sahabat belia semata-mata untuk meraih undi. Suka saya untuk berkongsi bersama sahabat-sahabat sekalian, saya akan menjadi pendesak dan lantang bersuara dalam memberikan cadangan dan idea kepada kerajaan dalam usaha meningkatkan taraf hidup, ekonomi, dan sosial di kalangan belia. Cadangan dari sahabat-sahabat belia, soal selidik dan data-data lengkap akan dikenalpasti dan dicerna untuk menjadikannya satu isu seterusnya diangkat di dalam Parlimen Belia untuk diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak kerajaan.

Oleh yang demikian, besarlah harapan saya sekiranya sahabat-sahabat belia sekalian dapat membuat keputusan yang bijak untuk memilih calon anda mewakili suara anda di dalam Parlimen Belia Malaysia kelak. Apepun, saya nak attach banner saya di sini.. Mungkin x berapa kemas dan cantik sebab baru berjinak-jinak dengan dunia Photoshop. Hehehe... Selamat Mengundi dari saya. Wassalam.

Sunday, 7 September 2014

Menyelaras Persidangan Pemuda UMNO Bahagian Tebrau

Assalamualaikum wbt dan Salam Muafakat Johor

Semalam (7/9/2014), berlangsungnya Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tebrau yang telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berhormat Datuk Maulizan bin Bujang, Ketua UMNO Bahagian Tebrau merangkap ADUN Tiram.

Pemuda UMNO Bahagian Kulai telah diamanahkan oleh Badan Perhubungan Pemuda UMNO Negeri Johor untuk menyelaras persidangan tersebut. Jadi, sebagai Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Bahagian Kulai saya tidak melepaskan peluang untuk turut serta membantu Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kulai sebagai Penyelaras Persidangan sekaligus dapat menimba dan mencedok sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman sepanjang berada di sana.

Apa yang menariknya, ini pengalaman pertama yang cukup mencabar sebagai penyelaras persidangan. Bermula pada jam 3.00 petang dan tamat pada jam 9.00 malam. Walaubagaimanapun, saya tabik spring pada Ketua Pemuda UMNO Tebrau Saudara Syahrin bin Md. Jamaluddin dan AJK beliau kerana berjaya membentangkan 4 usul yang dirasakan perlu diberikan perhatian khususnya terhadap golongan pemuda @ belia.

Hurmm.. tak nak membebel banyak-banyak.. Apepun, tahniah kepada KP UMNO Kulai serta barisan AJKnya kerana berjaya menyelaras Persidangan Pemuda UMNO Tebrau dari mula hingga akhirnya. Kepada yang tidak dapat hadir, kami amat memahami keadaan dan situasi anda sekalian. Tahniah juga kepada Pemuda UMNO Bahagian Tebrau kerana berjaya melaksanakan persidangan dengan jayanya.Tak lengkap kalau tak ada sekeping dua gambar sebagai titipan bersama.. Nah, amik ni.. hehehe..

#SalamMuafakatJohor
#PemudaUMNOJohor
#PemudaUMNOKulai


Saturday, 6 September 2014

Parlimen Belia Malaysia (PBM)

Assalamualaikum wbt dan Salam 1Malaysia..

Pagi Ahad yang indah... Sepatutnya hari ini hari bekerja tapi dah apply cuti dari minggu lepas.. Ini pun baru je buka kelopak mata untuk melaksanakan program-program yang dirancang hari ini. Petang ini akan hadiri Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tebrau sebagai Penyelaras mewakili Badan Perhubungan Pemuda UMNO Negeri Johor. Semoga semuanya berjalan lancar.

Berbalik kepada tajuk di atas kita hari ini. Anda tahu apa itu Parlimen Belia Malaysia? Kompem ramai yang tak tahu lagi ni. Parlimen Belia Malaysia ni merupakan satu platform yang disediakan oleh pihak kerajaan kepada warga belia bagi melontarkan idea, pandangan dan cadangan untuk membantu kerajaan memperbaiki sistem penyampaian yang sedia ada. Selain itu, PBM ini diwujudkan adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada golongan belia tentang sistem demokrasi berparlimen yang dilaksanakan di Malaysia.

Jadi, pada sesiapa yang belum mendaftar sebagai pemilih atau teringin nak jadi calon Ahli Parlimen Belia, sila daftar segera. Tak susah, ikut je langkah-langkah yang diberikan. Tak sampai 5 minit pun daftar, itupun kalau line internet tak meragam lah.. hehehe.. Anda semua boleh calonkan sesiapa je yang anda rasa mampu untuk pikul tugas ini dan bawa suara belia ke peringkat lebih tinggi.. :)

Selamat Maju Jaya dari saya..

Sunday, 15 June 2014

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Assalamualaikum wbt dan Salam 1Malaysia

Ini lah lumrah dan kekurangan pada diri manusia.. hehehe.. Lupa nak introduce kan diri sendiri. Mungkin ramai yang tak mengenali diri yang kerdil ini. Jadi, episod kali ini adalah sesi ice breaking dan tautan ukhuwah antara kita.

By the way, nama saya Mohammad Hasyiq bin Hamdan. Anak Jati kelahiran Negeri Johor Darul Ta'zim. Dilahirkan pada 13 Ogos 1985. Tua dah.. 29 Tahun dan kepala pun dah beruban. Mendapat pendidikan awal di SK Senai, SMK Senai dan seterusnya di SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Kulaijaya.

Dahulunya bertugas sebagai Guru Agama Kerajaan Negeri Johor mulai tahun 2004 hingga 2008 dan seterusnya berkhidmat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mulai 2008 hingga lah sekarang yang merupakan salah sebuah Universiti Penyelidikan.

Untuk makluman semua, saya amat gemar menceburkan diri dalam politik. Kihkihkih. Parti mana saya join? Sudah tentu lah UMNO. Parti keramat ini lah yang berjaya membawa Malaysia membangun sebagai sebuah negara dari berpendapatan rendah ke berpendapatan sederhana sekarang ni. Lagipun, dari Bapak ke Mak memang orang kuat UMNO dari DULU KINI DAN SELAMANYA.

Rasanya cukup kot sesi ice breaking ni.. Kalau nak tahu lebih lanjut atau nak tahu perkembangan saya dari semasa ke semasa, boleh add je kat Facebook saya www.facebook.com/udhe.areshick jangan silap taip.. Memang tak jumpa lah jawapnya.

Oklah jam dah pukul 9.00 pagi, nak turun g minum pagi. Kang lambat tak pasal-pasal tak boleh turun minum langsung. Perut pun dah berkeroncong ni.. Daa~ Wassalam.

First Time Ada Blog Sendiri.

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera....

Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana hasrat dan cita-cita saya untuk membangunkan blog sendiri tercapai juga akhirnya. Dah lama merancang, tapi bila fikirkan kadang-kadang ada masa terluang tak tahu nak buat apa, better bangunkan satu blog sendiri. Paling kurang kalau tak tahu nak buat apa boleh juga lah update story mory kat dalam blog ni.

Apa yang menyebabkan saya lebih bersemangat nak buat blog ni kerana nak bantu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mencapai atau mengumpul mata dalam "Webometric". Sebagai staf UTM, sudah tentu lah saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu dan menyokong hasrat Universiti ke arah yang lebih cemerlang dan gemilang.

Oklah, maghrib dah menjelang tiba. Ada masa kita bersua lagi. Wassalam.